Tuesday, December 23, 2008

Memori 18, 19 dan 20 Disember 2008

Catatan 18 Disember 2008

Hah.. Selesai pun hal phone semalam.. Mana mungkin aku nak biarkan orang yang ambik berat kat aku tu seorang diri lagi.. Dan aku yakin, aku dan dia akan dapat 8A didalam PMR, insya-Allah jadi tiada alasan aku tak boleh guna phone.. Buku.. Hmm.. Wafiy 'terkena' lagi dan aku harap sesiapa boleh bantu dia. Dia nak hidup seperti orang biasa. Aku harap, Tuhan benarkan aku hidup lebih lama kerana aku nak lihat kejayaan Wafiy. Wafiy, abang tahu kamu boleh lakukannya! Syarul juga buat hal hari ni. Habislah kau kena marah, Syarul.. Padan muka. Yang lebih menarik perhatian aku, Ashura beritahu dia beli roti warna-warni.. Macam mana rupa roti tu eh? Kalau ada roti warna biru, macam mana rasa dia pula? Hmm.. Aku mesti rasa roti tu suatu hari nanti!

Catatan 19 Disember 2008

Wafiy kena lagi hari ini, tapi lebih menakutkan.. Wajahnya pucat dan biru menunjukkan dia sedang berlawan.. Wafiy, bertahanlah.. Abang akan ikhtiharkan sesuatu untuk kamu. Untuk tahun depan, PMR.. Aku akan korbankan gelaran aku, Reformis. Selamat tinggal, politik.. Aku jadi sedih, kenapa ya? Aku mula rindu lagu Yuna-Dan Sebenarnya dan Hujan-Kotak Hati. Tak lupa juga Estrella-Stay.. Mendalam betul lagu-lagu tu.. Tadi Mazrina sms aku. Gembiranya. Dan bila aku terserempak dengan dia, dia senyum kat aku. Baguslah kalau macam tu.. Dah, aku taknak nangis lagi pada hari ni dan bila-bila.. Lagu untuk aku hari ini, Hujan-Rantai Rasa Cinta. Semoga esok hari lebih baik pada aku.. Dan semua yang aku sayang.

Catatan 20 Disember 2008

Hari ini agak baik. Haziq, Haziq.. Mawi dengan Ekin yang kawin, kau yang lebih-lebih. Apalah dia ni, datang rumah aku bagitau pasal tu.. Dan dia berjaya kelentong aku ajak pergi Johor tengok diorang kawin.. Tapi lawak juga, hahaha!! Semoga Mawi dan Ekin bahagia. Kenapa tiba-tiba aku masyuk hari ni? Banyak duit masuk poket oo.. Apapun, sebelum tukar speaker phone, mari beli card reader dulu dan.. Ia jadi kenyataan!!! Tapi aku bukannya pandai sangat pun bab IT ni.. Haih. Lihat semula gambar aku, lebih banyak dari gambar adik-beradikku. Comel ya? Bak kata Ashuralah, 'kawaii'. Bila cakap pasal dia, phone aku sunyi dari bunyi mesej. Macam mana ya.. Dia tak apa-apa ke? Aku tak ada jawapannya.. Harap dia ceria sahaja hari ini.. Aku taknak tahu dia tak ok hari ni. Semuanya mesti baik-baik sahaja, mesti! Aku taknak ada sesiapa sedih, tertekan, I don't like it!

1 comment:

  1. Yupe, Boss! Aku okay je lah! Dah top up pon. :P

    ReplyDelete