Thursday, June 11, 2009

assalamulaikum. dah lama aku tak tulis blog pun, kan. sebenar nya tak ada apa yg menarik antuk aku tulis pun.. kahkahkahkahkahkahkah!! (sori, aku suka gelak)

Saturday, March 14, 2009

Memori 14.03.2009

Memori hari yang berlalu dan hari ini.. Aku rindu kakak aku, rindu sangat.. Aku tak percaya dia dah tak ada lagi.. Sabar, sabar...

Kuatkan hati, Azri, kuatkan hati. At least kau mampu senyum lagi, walaupun senyuman tawar. Ya, senyum..

Can someone accompany me, please.. I'm begging, someone.. Anybody? Ah, mana mungkin orang nak dengar, kan. Hahaha, boo to Azri!! Boo!! Tak ada orang nak teman punya, jadi hiduplah seorang.. Ah, bukannya mati pun, betul tak. Jadi, jalanilah hidup sementara bernyawa.. Kakak, adik rindu kakak...

Rindu sangat..

Al-Fatihah untuk kakak ku, Ainin Sofea. Semoga kakak sejahtera dan aman disana. Amin. Now, I must smile.. Maybe other people thing I'm a weird or whatever. Just, let them say what they want to say.

Senyum, senyumlah tiap-tiap hari.. Saddest, get away from me! Go..!

Saturday, January 24, 2009

Memori 11.1.2009

Ahh~~ Lamanya tak tulis blog.. Waktu sekolah pun dah start. Tahu ni PMR. Aha! Penyakit loya aku dah datang balik. Tak dapatlah aku lari laju atau aktif lagi.. Dan mulut pun kena kunci. Apapun, minyak kapak dan gula-gula jadi peneman hidup aku, hahaha! Jangan uwek dalam kelas sudahlah.

Bagus, Aiman dah sedar siapa Syarul. Aku dah pun selamatkan dia. Dia takkan ikut apa yang Syarul cakap lagi. Dia kawan pertama aku. Dia patut tau apa yang jadi. Mak bapak dia anggap aku macam anak sendiri. Aiman dan Fauzan.

Tuesday, December 23, 2008

Tak Guna, Di-Tag.

Rules ; Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng'tag' dia.


Ashura:

1. Suka benda comel
2. Suka anime, contohnya Death Note
3. Suka berlawan
4. Minat Siti, Utada Hikaru, Hujan dan bla bla bla
5. Suka melukis
6. Tak boleh hidup tanpa phone
7. Benci Anwar and pembangkang
8. Suka shuffle, jumpstyle, bla bla bla
9. Kadang-kadang gila-gila, tapi itu yang sesuai dengan dia.
10. Orang yang tak suka menyusahkan orang lain.

Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara sesuatu pasal diri mereka.

1. Orang kuat pembangkang
2. Bengap
3. Kadang-kadang malu sangat dan kadang-kadang kering
4. Suka anime, contohnya GTO dan Bleach
5. Suka superbike
6. Suka semua karya-karya seni
7. Love music so much
8. Minat M.Nasir, Ramli Sarip, Sheila Majid, bla bla bla
9. Suka ninja
10. Mazrina, kawan baik dan orang yang baik dengan aku

Memori 18, 19 dan 20 Disember 2008

Catatan 18 Disember 2008

Hah.. Selesai pun hal phone semalam.. Mana mungkin aku nak biarkan orang yang ambik berat kat aku tu seorang diri lagi.. Dan aku yakin, aku dan dia akan dapat 8A didalam PMR, insya-Allah jadi tiada alasan aku tak boleh guna phone.. Buku.. Hmm.. Wafiy 'terkena' lagi dan aku harap sesiapa boleh bantu dia. Dia nak hidup seperti orang biasa. Aku harap, Tuhan benarkan aku hidup lebih lama kerana aku nak lihat kejayaan Wafiy. Wafiy, abang tahu kamu boleh lakukannya! Syarul juga buat hal hari ni. Habislah kau kena marah, Syarul.. Padan muka. Yang lebih menarik perhatian aku, Ashura beritahu dia beli roti warna-warni.. Macam mana rupa roti tu eh? Kalau ada roti warna biru, macam mana rasa dia pula? Hmm.. Aku mesti rasa roti tu suatu hari nanti!

Catatan 19 Disember 2008

Wafiy kena lagi hari ini, tapi lebih menakutkan.. Wajahnya pucat dan biru menunjukkan dia sedang berlawan.. Wafiy, bertahanlah.. Abang akan ikhtiharkan sesuatu untuk kamu. Untuk tahun depan, PMR.. Aku akan korbankan gelaran aku, Reformis. Selamat tinggal, politik.. Aku jadi sedih, kenapa ya? Aku mula rindu lagu Yuna-Dan Sebenarnya dan Hujan-Kotak Hati. Tak lupa juga Estrella-Stay.. Mendalam betul lagu-lagu tu.. Tadi Mazrina sms aku. Gembiranya. Dan bila aku terserempak dengan dia, dia senyum kat aku. Baguslah kalau macam tu.. Dah, aku taknak nangis lagi pada hari ni dan bila-bila.. Lagu untuk aku hari ini, Hujan-Rantai Rasa Cinta. Semoga esok hari lebih baik pada aku.. Dan semua yang aku sayang.

Catatan 20 Disember 2008

Hari ini agak baik. Haziq, Haziq.. Mawi dengan Ekin yang kawin, kau yang lebih-lebih. Apalah dia ni, datang rumah aku bagitau pasal tu.. Dan dia berjaya kelentong aku ajak pergi Johor tengok diorang kawin.. Tapi lawak juga, hahaha!! Semoga Mawi dan Ekin bahagia. Kenapa tiba-tiba aku masyuk hari ni? Banyak duit masuk poket oo.. Apapun, sebelum tukar speaker phone, mari beli card reader dulu dan.. Ia jadi kenyataan!!! Tapi aku bukannya pandai sangat pun bab IT ni.. Haih. Lihat semula gambar aku, lebih banyak dari gambar adik-beradikku. Comel ya? Bak kata Ashuralah, 'kawaii'. Bila cakap pasal dia, phone aku sunyi dari bunyi mesej. Macam mana ya.. Dia tak apa-apa ke? Aku tak ada jawapannya.. Harap dia ceria sahaja hari ini.. Aku taknak tahu dia tak ok hari ni. Semuanya mesti baik-baik sahaja, mesti! Aku taknak ada sesiapa sedih, tertekan, I don't like it!

Wednesday, December 17, 2008

Memori 17.12.2008

Definisiku tetap sama dengan kelajuan. Tidakku gentar kerna bagiku ini masa depan. Tiada penghalang bagiku. Dan matlamatku hanya satu, sentiasa bersedia, kemenangan pasti milik kita.
Tak ada apa-apa yang menarik hari ini, cuma imbas kembali kelajuan motor di litar Tesco.. Rekod jatuh, hanya 90km sejam. Mungkin sebab dah lama tak bawak motor kat jalan tu. Kalau tak, mungkin boleh kekalkan 120km sejam.

Test laju, sambil tunggu Syarul berborak dengan abang angkat arwah abangnya yang kerja kat Jim Beriani kat Tesco tu. Bestlah dia. Orang belanja dia. Biarlah, rezeki dia. Sambil tunggu dia, aku solat Asar dulu. Lagipun, dia lama lagi kat kedai tempat arwah abang dia kerja dulu. Selang sejam, dia minta aku sms minta aku ambil dia. Lepas tu, pergi surau sebab Syarul nak solat Asar. Akhirnya, kitorang ronda-ronda naik motor, tapi tak lama sebab aku kena ambil mama. Apapun, terima kasih kat Haziq pasal belanja ais-krim petang tadi..

10.38 malam.. Masa semakin suntuk.. Aku perlu buat keputusan dengan cepat.. Samada nak pakai phone tahun depan, atau tak.. Perkara ni, berkaitan dengan aku.. Aku perlu fokus semula pada buku, ini bukan perkara aku boleh tolak tepi.. Tahun depan, aku akan berumur 15 tahun, tingkatan 3. Dan.. Tahun depan juga.. Aku akan ambil PMR. Buang benda yang aku dah guna sejak dari hujung tahun 2006, phone.. Bukan senang. Boleh, kalau aku tak usik handphone untuk setahun. Pergi matilah perasaan sedih ke apa ke sebab tak dapat berhubung dengan kawan-kawan baik aku!! Aku tak perlukan perasaan tu!!! Sendiri, sunyi... Ah, itu cuma fikiran pentingkan diri!! Pergi jahanam juga fikiran tu!! Sebab.. Dari darjah dua lagi.. Sunyi tu.. Aku dah rasa. Tambahan lagi kena buli [Sampai sekarang].

Haha, depan Ashura aku cakap besar, siapa berani buat hal akan kena dengan aku!!! Aku.. Tipu dia. Tipu dia, untuk yakinkan dia yang aku tak apa-apa.. Aku taknak ada orang risaukan aku.. Boleh.. Kalau aku tak gunakan phone untuk setahun.. Tapi, kawan-kawan aku.. Kawan-kawan baik aku.. Dan, Mazrina.. Kalau diorang ada hal, macam mana? Lepas tangan? Itu bukan Azri, itu setan..

Ya, dulu.. Aku macam bangkai hidup.. Sekarang, aku ada.. Kawan baik, namanya Ashura. Hidup aku banyak berubah sebab dia.. Dulu, aku cakap seorang diri, kadang-kadang dengan bantal.. Tapi sekarang, tak.. Aku rasa kelainan.. Ya, kelainan yang menggembirakan aku. Aku ada teman, yang boleh kongsi macam-macam hal dengan aku yang agak tak tau apa-apa ni.. Syukur pada Allah, aku ada dia, kawan baik aku..

Tak lupa juga pada Aida. Orang yang suka mengusutkan rambut aku. Dia.. Pernah ternampak riak muka aku yang hampir-hampir nak menangis masa dalam kelas 2RK, hari itu. Dia yang tanya sama ada aku okey atau tak, haha.. Pasal dia dapat baca riak muka yang aku cuba cover. Dia yang pujuk aku, hahahaha.. Kelakarlah bila ingat semula. Dia yang tanya aku macam-macam hal yang dia tak tau. Dan, boleh dikatakan.. Yang tegur aku dengan mesra dalam kelas tiap-tiap hari, dialah orangnya. Seganlah, tapi aku akui.. Aku rasa senang bila dia tegur aku. Aku senang ketawa dengan dia, hahahaha!! Mungkin sebab itu aku kamceng dengan dia.

Tentang Mazrina.. Kalau aku tak pakai handphone.. Kalau dia ada masalah, mana perginya aku? Aku perlu ada. Dia cuma tau aku seorang.. Dia banyak beritahu aku masalah dia.. Kalau aku tak guna handphone, macam mana dia boleh bagitau aku.. Yang mendengar apa yang dia nak kata, aku. Walaupun.. Aku sms dia beberapa kali tapi dia tak balas, haha! Mungkin dia tak ada kredit, tak apalah kan.. At least, dia tahu aku dengar masalah dia dengan sms dia. Terpulang pada dia sama ada nak balas, hak dia.. Lagipun, Celcom ke Hotlink mahal.. Aku.. Tahu.. Setakat dengar saja tapi tak berupaya menolong.. Tak ada gunanya. Aku tak ada kemahiran untuk memahami orang. Walaupun orang itu aku kenal cukup lama. Dari darjah 1, 1 Harmoni.. Kelemahan aku, itulah dia.. Aku marah, marah dengan diri sendiri.. Kenapa aku tak dapat faham dia, walaupun.. Orang yang aku sayang. Dah, dah, jangan nak merepek bukan-bukan!

Persoalan tentang gunakan handphone.. Aku akan buat keputusan. Dan, aku harap, apa yang aku putuskan, tak ada buruknya.. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini..

Tuesday, December 16, 2008

Memori 16.12.2008



Pertama kali aku buat journal sendiri dan untuk hari ini.. Haha! Entahlah.. Waktu nak ambik buku SPBT, I saw her. Ya, orang yang selalu aku ambik berat, Mazrina. Berbaju merah. Haha! Aku tak taulah tapi aku dapat rasa... Dia bersikap acuh tak acuh bila aku lalu depan dia. Macam.. Persekitaran aku jadi dingin tiba-tiba.. Harap takkan jadi macam tu lagi. It would make me downhearted again. I want to see her smiles again.

Catatan 8.30 malam..
Mama minta aku belikan top up dia pukul 7.50 malam tadi. Entah kenapa, dia hulurkan aku RM5, katanya buat belanja. Dan.... Lebih dari itu, mama suruh tunggu sampai hari Sabtu ni, sebab dia akan dapat gaji dalam minggu ni. Mama nak bagi aku duit, tukar speaker handphone. Ya, aku ada kata tentang handphone aku yang banyak rosak. Tapi aku kata kat mama RM50 aku dalam bank, biar habis dalam akaun aku. Tapi, mama suruh tunggu gak. Apapun, aku bersyukur untuk ni. Arrigatou okasan!

Sekarang ni Aiman, Fikri, dengan Syarul.. Lumba kat jalan Tesco tu. Aku tak ikut, pasal bapak aku tak bagi bawak laju-laju kat jalan tu, apa lagi nak lumba. Aku tunggu diorang kat Kopitiam. Nasib baik, dia tak bawak laju-laju. Baguslah kalau macam tu. Kalau dia accident masa tengah bawak laju, tak gunalah aku sebagai kawan dia.